(VIDEO) Gempar! Tembakan Bertalu-Talu Di Luar Istana Raja Salman

(VIDEO) Gempar! Tembakan Bertalu-Talu Di Luar Istana Raja Salman

Loading...
(VIDEO) Gempar! Tembakan Bertalu-Talu Di Luar Istana Raja Salman

Tentera Saudi telah menembak jatuh sebuah dron berdekatan istana kerajaan di ibu kota, Riyadh, satu video yang disebarkan dalam internet dikatakan menunjukkan kawasan itu dipenuhi dengan bunyi tembakan senjata api.

Jurucakap rasmi polis Riyadh berkata bahawa pasukan keselamatan telah menembak jatuh dron kecil yang tidak dikenalpasti setelah melihatnya di tempat keselamatan di kawasan kejiranan Khuzama, kata agensi berita kerajaan negeri SPA.

Siasatan kejadian itu, yang berlaku pada pukul 7:50 malam (16:50 GMT), sedang dijalankan, kata SPA.

Tidak ada maklumat serta-merta mengenai sebarang kecederaan atau kerosakan.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan berlaku tembakan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya 30 saat dan mencetuskan spekulasi terdapatnya pergolakan politik.

Namun TV14 tidak dapat mengesahkan kesahihan video tersebut.

Seorang pegawai senior Saudi yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita Reuters bahawa Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi tidak berada di istananya pada masa kejadian.

“Raja berada di ladangnya di Diriya,” kata pegawai itu.

Pada Oktober 2017, seorang lelaki bersenjata memandu ke pintu istana raja di bandar Laut Merah, Jeddah dan menembak secara rambang, membunuh sekurang-kurangnya dua pengawal keselamatan dan mencederakan tiga orang lain sebelum ditembak mati.

Penyerang, yang dikenalpasti oleh kementerian dalam negeri sebagai Mansour al-Amri, warga negara Saudi berusia 28 tahun, bersenjata dengan senapang Kalashnikov dan tiga koktel Molotov. -TV14


Catat Ulasan

0 Ulasan