Meghan Nak Kahwin,Ayah Yang Berpeluh

Meghan Nak Kahwin,Ayah Yang Berpeluh

Loading...
Meghan Nak Kahwin,Ayah Yang Berpeluh
                                

Bapa Meghan Markle semakin teruja mengenai pembabitannya pada perkahwinan diraja akan datang, tetapi mengakui dia gementar. Tunang Putera Harry itu masih berhubung rapat dengan bapanya, Thomas Markle, walaupun lelaki berusia 73 tahun itu menjalani kehidupan dekat Rosarito di Mexico.

Bapa Yang Berpeluh

Bagaimanapun, tidak diketahui secara jelas sama ada Markle akan mengiringi anak perempuannya pada upacara perkahwinan bulan depan, atau mengenai kehadirannya pada majlis itu.
Laporan terbaru menunjukkan Thomas telah membuat keputusan untuk menghadirkan diri dan mengiringi Meghan. Awal minggu ini, dia dilihat membaca buku yang bertajuk ‘Images of Britain’ (Imej-imej Britain).
Namun Markle dikatakan berasa gementar berikutan majlis perkahwinan itu bakal ditonton jutaan orang di seluruh dunia.

Akan Ada Di Majlis Di raja

“Thomas beritahu dia akan berada di majlis perkahwinan diraja itu kerana Meghan adalah anaknya.
“Dia kata akan mengiringi Meghan, dan berjenaka bawa dia perlu memakai sut kalis air kerana dia akan berpeluh banyak pada hari itu. “Katanya dia tidak menyangka sesuatu seperti itu akan berlaku,” jelas sumber itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan