Apa Jadi Bila Adik Beradik Perempuan Terpaksa Tinggal Di Rumah Pusaka Makcik Sendiri?

Apa Jadi Bila Adik Beradik Perempuan Terpaksa Tinggal Di Rumah Pusaka Makcik Sendiri?

Loading...
Apa Jadi Bila Adik Beradik Perempuan Terpaksa Tinggal Di Rumah Pusaka Makcik Sendiri?:



Kisah yang sangat menarik, mengenai dua beradik yang tinggal bersama ibu mereka di dalam sebuah rumah pusaka makciknya .

Keadaan Menjadi Huru-Hara apabila tempat tinggal mereka dihantui dengan pelbagai kejadian misteri sewaktu mereka tinggal di sana.


Selepas 16 tahun, mereka kembali ke rumah yang sama di sana, macam-macam perkara pelik telah berlaku sehingga terjadi momen-momen menakutkan!


Melalui satu temu ramah bersama barisan pelakon filem ini, salah seorang pelakon bernama Crystal Reed yang memegang watak sebagai Beth, salah satu watak penting dalam filem ini akui watak yang dibawanya dalam filem ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Dia memerlukan fokus yang tinggi menghayati wataknya kerana dunia realiti wanita bernama Beth telah diputarbelit oleh sejarah silamnya.


“Mendalami emosi bagi watak yang dipegang sangat mencabar. Namun saya tahu semua ini adalah keputusan yang dibuat oleh saya sendiri dan ia berjaya dilakukan serta menjadikan saya seseorang yang lebih baik.

“Karakter saya telah diputarbelitkan dengan sejarah lama dan ia menjadi sebahagian dari mimpi ngeri. Kemudian saya menterjemahkan semua ini menjadi satu seni,” katanya.
Malah, Crystal turut memberitahu watak yang dipegangnya dalam filem ini merupakan seorang penulis yang cekal menjadikan segala pengalaman buruknya sebagai pengajaran hidup.




Sementara itu, pengarah kepada filem ini iaitu Pascal Laugier memberitahu Ghostland merupakan satu filem seram yang punyai sentuhan seni yang membawa kisah seorang anak muda yang berkerja keras melalui segala kemelut diri dalam mencari kejayaan dalam kerjayanya sebagai seorang penulis.
Bila bercerita tentang rumah yang dijadikan sebagai lokasi pengambaran, Pascal akui sudah lama mencari rumah berkonsepkan ‘ typical American farmhouse’ di era 1880-an bagi membuatkan penonton selesa dan rasa lebih dekat dengan jalan cerita ini.


Okay, tak mahu cakap banyak korang tengok sendiri trailer filem ini…
GHOSTLAND TRAILER
Fuhhhh gila takut kalau kena macam ni kat rumah sendiri ��
Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 5 April 2018
Mendebarkan bukan? Kalau korang nak tahu, filem ini bakal berada di pawagam pada 19 April 2018.
So kalau korang nak jadi antara penonton terawal untuk filem ini korang boleh jawab beberapa soalan dan lengkapkan butiran diri di bawah.



Tarikh : 17 April 2018
Lokasi : GSC Pavillion KL
Masa: 9 malam
Tapi jangan lupa baca dahulu syarat penyertaan ini ya…
Syarat Penyertaan
  1. Haruslah warga negara
  2. Perlulah 18 tahun ke atas
  3. Tarikh penyertaan hanya akan dibuka bermula 12 April sehingga 15 April Sahaja
  4. Setiap pemenang akan menerima sepasang tiket (2 keping tiket) sahaja.
  5. Pemenang akan dihubungi melalui email dan panggilan telefon dari pihak MH sahaja.

Notice: JavaScript is required for this content.



Catat Ulasan

0 Ulasan