Serba Pink,Cantiknya Dekorasi Bilik Baby Princess Pipi Merah Dato Siti

Serba Pink,Cantiknya Dekorasi Bilik Baby Princess Pipi Merah Dato Siti

Loading...
Serba Pink,Cantiknya Dekorasi Bilik Baby Princess Pipi Merah Dato Siti

Semalam gambar anak Siti Nurhaliza telah tersebar biarpun pasangan itu meminta masa seminggu untuk mendedahkan wajah dan nama bayi mereka. Menerusi Instagram, pengurus, Rozi Abdul Razak meluahkan rasa kecewa.

Dalam luahan itu, Rozi yang juga kakak kepada Siti, menganggap permintaan Siti dan suami hanya perkara senang untuk dilakukan tetapi masih ada individu yang tidak menghormati privasi dan hak mereka.

Menerusi perkongsian itu, ramai bersetuju dengan pendapat Rozi. Rata-rata berpendapat tetamu yang melawat Siti di hospital tidak amanah dalam menunaikan permintaan pasangan terbabit.


Tambah mereka lagi, pada ketika rakyat Malaysia tidak sabar menantikan untuk melihat wajah anak penyanyi nombor satu Malaysia itu, ramai mahu menjadi yang pertama memuat naik gambar esklusif bayi mereka.

Pun begitu, ada juga berpendapat sukar untuk mengawal tindakan orang ramai untuk tidak memuat naik gambar bayi mereka apabila ramai saudara mara berkunjung ke hospital.

Tapi pastinya wajah bayi Siti sangat memukau pandangan rakyat Malaysia melihatnya. Ramai memuji kecomelan bayi pipi merah pasangan itu, selain kulitnya yang putih melepak. 





                   


Catat Ulasan

0 Ulasan