Pengurus Sufian Suhaimi Pula Tampil Dedah Kisah Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Pengurus Sufian Suhaimi Pula Tampil Dedah Kisah Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Loading...
Pengurus Sufian Suhaimi Pula Tampil Dedah Kisah Sebenar Yang Ramai Tak Tahu:

pengurus%2Bsufian.jpg
 
Baru-baru ini, ibu bapa Elfira Loy ada memberi kenyataan tentang isu putus tunang antara anaknya dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Nampaknya semakin lama isu putus tunang Sufian dan Elfira menjadi semakin rumit dan semakin hangat diperkatakan orang ramai.

Menerusi laporan Media Hiburan, kali ini pengurus kepada Sufian Suhaimi pula mengulas berkenaan isu putus tunang ini.

Melalui ruangan komen seorang netizen yang mempertikaikan tinggi sangatkah selitkan RM20 sehari masuk dalam Al-Quran, pengurus Sufian yang dikenali sebagai Mahadhir Mohammad memjelaskan kepada gadis ini semua ini hanya ingin menutup kelemahan sendiri.

Ini komen Mahadhir:


ss.jpg

Ini antara is kandungan komen pengurus Sufian Suhaimi ini:

Menurut Mahadhir, sebenarnya Sufian Suhaimi mampu kerana segala pendapatan hasil persembahan yang dilakukannya lebih dari yang diminta.

Pengurus Sufian menganggap perkara ini sebagai satu strategi merendahkan akhlak Sufian.

Malah, Mahadhir turut menjelaskan yang terlalu gila-gilakan Sufian sebenarnya adalah Elfira Loy yang dikatakan sentiasa ingin bersama Sufian setiap minit sehingga kerap melakukan panggilan telefon tanpa henti dan sentiasa ingin bersama Sufian dan mengikutinya ke mana sahaja sehingga lewat malam dan awal pagi tanpa ditemani oleh teman mahupun keluarga sendiri.

Pengurus Sufian turut berkata sikap Elfira seperti perigi mencari timba dan menafikan Sufian cuba mencari penganti.

Malah, Mahadhir turut memberitahu ibu Elfira sendiri telah menghubungi bekas kenalan Sufian dan sengaja mencari alasan untuk memutuskan pertunangan itu.

Mahadhir turut menegaskan bahawa ibu Elfira Loy yang telah memutuskan pertunangan mereka dan seperti apa yang Sufian telah jelaskan beberapa kali, wang hantaran dan syarat yang telah ditetapkan itu bukanlah alasan utama.

Dalam pada itu, Mahadhir turut menjelaskan sebenarnya semua benda dapat disediakan termasuklah kondo dua tingkat yang kini didiami oleh Sufian.

Itulah antara isi kandungan komen dari pengurus Sufian Suhaimi ini.

Selain itu Mahadhir juga berkata Sufian Suhaimi hanya menjawab soalan dari pihak media yang sentiasa mencari Sufian Suhaimi dan jawapan yang Sufian berikan tidak mengaibkan sesiapa.

Ini komenya lagi:

"Sufian sudah beberapa kali menolak soalan putus tunang, tapi media tetap meminta pendapatnya. tiada yang cacat dlm jawapan balasnya, dan tiada isu berbangkit utk menyalahkan mana-mana pihak. 

"Malah dalam jawapannya kepada soalan media, dia sudah bersedia untuk 'move on'. tapi mengapa ada lagi catatan nagetif dipihak sana seolah masih tak berpuas hati? Bapa Elfira patut bertanya kepada bekas isterinya mengapa masih ada catatan negatif di media sosial sebaliknya beliau memilih untuk berasa sensitif dengan jawapan positif Sufian? 

"Lagi pun dalam. kenyataannya sebelum ini, Sufian sudah memohon maaf dan minta dihalalkan segala makan dan minum. 

Itulah penjelasan dari pengurus Sufian Suhaimi. Ini meruapkan pandangan peribadi Mahadhir sebagai seorang yang rapat dengan Sufian Suhaimi.

Apapun semoga perkara ini dijadikan ikhtibar dan teladan buat semua.

Sumber: Media Hiburan / FB Mahadhir

Catat Ulasan

0 Ulasan