Emma Maembong Dikecam Berdarah Campuran Tapi Tidak Boleh Bercakap English?

Emma Maembong Dikecam Berdarah Campuran Tapi Tidak Boleh Bercakap English?

Loading...
Emma Maembong – Dikecam Darah Campuran Yang Tidak Boleh Bercakap English?:

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong ada memuat naik video untuk mempromosikan produk kecantikan jenama ibu beliau iaitu Janet Nicol di Instagram milik Emma.
Apa yang mengejutkan apabila ada netizen mempersoalkan slang bahasa Inggeris yang digunakan oleh Emma.

DARAH CAMPURAN YANG TIDAK BOLEH BERTUTUR?

Emma juga ada memuat naik screenshot komen dari netizen yang mengecam cara Emma bertutur yang dianggap penggunaan dan susun atur bahasa Inggeris Emma sangat teruk dan salah dari tatabahasa. Malah netizen tersebut memerli bahawa Emma adalah dari darah kacukan tetapi tidak boleh bertutur bahasa Inggeris dengan sempurna.

Netizen tersebut menyuruh Emma untuk memperbaiki tatabahasa dan cara sebutan yang betul. Emma juga ada membalas teguran tersebut yang menyatakan Emma tidak kisah mengenai teguran tersebut tetapi teguran itu perlulah ditegur dengan lebih sopan dan beradab. Budi bahasa kan budaya kita.

THERE IS NO SUCH THING AS PERFECT!

Emma juga mengaku bahawa Emma bukannya pandai dan fasih dalam bahasa Inggeris tetapi masih belajar dan tidak akan berhenti memperbaiki untuk bertutur serta menulis dalam bahasa Inggeris.
Admin Hangat.com pun bukannya terror sangat dalam bahasa Inggeris, so NOT EVERYONE IS PERFECT. Selepas ini kalau ada pembaca Hangat.com nak menegur sesiapa pun tolong ada adab dan ayat berlapik sikit. Cuba bayangkan kalau anda sendiri ditegur seperti Emma, mesti anda pun akan melatah kan??


Catat Ulasan

0 Ulasan