Doa MUFTI Zimbabwe Buat Siti

Doa MUFTI Zimbabwe Buat Siti

Loading...
Doa MUFTI Zimbabwe Buat Siti

MUFTI Zimbabwe, Ismail Menk atau dikenali sebagai Mufti Menk mengirim doa dan ucapan kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza agar dipermudahkan proses bersalin nanti.
Siti, 39, berkata ucapan itu dihantar kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk kesejahteraan mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, terharu dan dengan rasa rendah diri saya mengucapkan terima kasih atas ingatan ulama Mufti Menk terhadap saya dan mendoakan proses melahirkan nanti dipermudahkan.






“Beliau menghantar pesanan di telefon bimbit suami saya dan mendoakan kesejahteraan kami. Terima kasih Mufti Menk. Anda seorang yang baik hati. Terima kasih banyak-banyak,” tulis Siti di laman Instagram miliknya.
Video berbentuk rakaman suara yang dimuat naik Siti sejak dua jam lalu itu ditonton lebih 107,000 kali dan mendapat lebih 18,000 likes.
Perkongsian Siti itu turut mendapat maklum balas pengguna laman sosial apabila masing-masing menitipkan doa buat Siti.
Siti yang mengumumkan hamil menerusi kaedah IVF memilih bersalin secara pembedahan atas nasihat doktor.
Difahamkan, Siti dijangka bersalin dalam tempoh terdekat di sebuah hospital di ibu negara.

Catat Ulasan

0 Ulasan