Cinta Lain Darjat,Gadis Dikurung Selama 25 Tahun Sehingga Gila Dan Meninggal...

Cinta Lain Darjat,Gadis Dikurung Selama 25 Tahun Sehingga Gila Dan Meninggal...

Loading...
Cinta Lain Darjat,Gadis Ini Dikurung Selama 25 Tahun Sehingga Gila Dan Meninggal...

Blanche Monnier dikurung selama 25 tahun di dalam sebuah bilik yang gelap, kelaparan, berbog3l, berat badan dalam 55 paun dan hanya berbaring di atas tilam yang penuh dengan kutu dan najisnya sendiri. 


Waktu itu, dia sudah berusia 50 tahun dan hilang kewarasan. Kesalahannya sampai dilayan sebegitu rupa?


Blanche mencintai seseorang yang rendah darjatnya berbanding keluarga Monnier – Atau mungkin juga kerana kedegilan sendiri, bergantung pada pandangan sesiapa yang membaca kisahnya ini.


Ditemui dan diselamatkan oleh polis Perancis pada 23 Mei 1901 di sebuah kawasan elit di bandar Poitiers berdasarkan maklumat daripada pengirim misteri, kemudian Blanche dikejarkan ke hospital. 


Pada mulanya ramai tidak yakin yang dia akan selamat, tetapi Blanche sembuh juga dari segi fizikalnya. 


Walau bagaimanapun, ketidakwarasannya berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Seluruh dunia gempar dengan kes ini yang diberi jolokan “The Sequestered of Poitiers”, terutamanya bagaimana wanita malang itu dikurung dan dikunci dari dunia luar oleh ahli-ahli keluarganya sendiri, hanya kerana keengganannya melupakan hubungan cintanya dengan seorang peguam biasa dan agak berumur.


Sedikit sejarah mengenai keluarga Monnier;


mereka adalah keluarga atasan yang amat dihormati dan berasal dari keturunan aristokrat bernama Poitiers (bandar itu dinamakan sempena nama keluarga mereka).


Mendiang ayah Blanche, Emile adalah bekas ketua fakulti kesenian tempatan sebelum meninggal dunia pada 1879.

Keluarga tersebut pernah mendapat anugerah atas jasa mereka dalam melakukan kerja-kerja kebajikan dan sebagai penghargaan ke atas nilai murni keluarga Monnier untuk dicontohi oleh penduduk Poitiers.


Blanche, ketika mudanya adalah seorang gadis berambut hitam yang cantik, dan diminati ramai lelaki di bandar itu.


Namun, dia jatuh cinta dengan lelaki biasa yang kurang menyerlah dalam kerjaya guamannya.


Ini menyebabkan keluarga Blanche yang kaya raya dan tersohor itu merasa terhina dan amat marah.


Bimbang akan perhubungan itu berakhir dengan perkahwinan dan seterusnya akan menjatuhkan reputasi keluarga Monnier, mereka bertindak dengan mengurung Blanche.


Ia dilakukan oleh si abang, Marcel Monnier, seorang pegawai kerajaan, dan perancang utamanya adalah ibu mereka, Louise Monnier Demarconnay dengan harapan yang gadis itu akan mengalah.


Tetapi, dia tetap berkeras untuk meneruskan hubungan cintanya itu. Pada waktu itu Blanche berusia 25 tahun.


Marcel, ketika disoal siasat oleh polis menyatakan bahawa adiknya itu mengalami sakit jiwa dan Blanche juga lebih suka menyisihkan diri dari orang ramai. Namun begitu, berdasarkan pada testimoni mahkamah,  beberapa saksi memberitahu mereka pernah mendengar wanita itu menjerit dan merayu untuk dilepaskan.


Semasa kes tersebut masih dalam siasatan, ibu Blanche meninggal dunia akibat sakit jantung. Menurut doktor yang bertugas, sebelum menghembuskan nafas terakhir dia menangis sambil berkata,”Anakku... Blanche yang kasihan.”

Pada Oktober 1901, Marcel Monnier dihadapkan ke mahkamah berseorangan, atas tuduhan bersubahat dengan ibunya.


Empat hari kemudian, lelaki itu didapati bersalah dan dijatuhkan penjara 15 bulan. Walau bagaimanapun, Marcel membuat rayuan dan pada 20 November 1901, dia dilepaskan dan dibebaskan kerana mahkamah berpendapat tiada keganasan yang berlaku dan tiada kecederaan langsung ditemui pada adiknya.


Si Peguam meninggal dunia 16 tahun sebelum Blanche diselamatkan.


Blanche Monnier bertambah sihat tetapi akibat trauma bertahun-tahun dikurung, dia ditempatkan di Hospital Psikiatri Blois.


Di situ jugalah Blanche meninggal dunia pada 1913, iaitu 12 tahun selepas dia diselamatkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan