Aurat Siti Sebelum Pembedahan

Aurat Siti Sebelum Pembedahan

Loading...
Aurat Siti Sebelum Pembedahan



Setelah hampir 11 tahun menanti, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi di sebuah hospital swasta. 

Sebelum ini tersebar luas mengatakan Siti sudah bersalin, tetapi pasangan ini akhirnya memilih hari ini, Isnin 
bersamaan 1 Rejab buat puteri mereka yang pertama kali melihat dunia. 

Bayi perempuan seberat 3.55 kg ini dilahirkan secara pembedahan dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan baik. 

Melalui gambar yang dimuat turun di laman sosial Siti, seri wajah seorang ibu begitu terserlah walaupun penampilannya ketika itu hanyalah memakai tudung sarung segera warna hijau yang mudah sekali untuk digayakan.


                    



Di samping suami tersayang.

Ternyata walaupun masih dalam keletihan setelah melahirkan, Siti dilihat tetap mesra melayan kehadiran tetamu yang rata-rata adik-beradik dan sanak-saudara terdekat. Dalam pada itu, nampaknya Siti tetap menjaga aurat dan penampilannya sebagai seorang wanita Muslimah.



Catat Ulasan

0 Ulasan