PuraPura Datang Beli Sayur Lelaki Warga Rohingya Cubaan Menculik Budak Perempuan 7 Tahun Di Pasar Malam

PuraPura Datang Beli Sayur Lelaki Warga Rohingya Cubaan Menculik Budak Perempuan 7 Tahun Di Pasar Malam

Loading...
PuraPura Datang Beli Sayur Lelaki Warga Rohingya Cubaan Menculik Budak Perempuan 7 Tahun Di Pasar Malam:


                           
KUALA KANGSAR Seorang pemuda warga Rohingya ditangkap ekoran cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di pasar malam Taman Highland pada 19 Januari.

China Press melaporkan insiden itu berlaku berhampiran dengan gerai jualan keluarga mangsa pada pukul 6.30 petang.
                                     
Menurut bapa mangsa, lelaki itu membeli beberapa jenis sayuran daripada gerainya sebelum ibu mangsa mendengar bunyi tangisan anak perempuan mereka secara tiba-tiba. Sehubungan itu, ibu mangsa meminta suaminya memeriksa anak mereka, dan beliau mendapati bahawa lelaki berkenaan cuba untuk menarik mangsa.

Hal itu membuatkan bapa mangsa segera menjerkah lelaki tersebut, lantas menarik perhatian beberapa pemilik gerai yang lain. Menurut Channel 8 News, seorang saksi, Encik Li mendengar bapa mangsa menjerit dan berfikir bahawa gerai mereka dirompak.

Kemudian, barulah beliau tahu terdapat seorang lelaki Rohingya cuba untuk menculik mangsa. Beliau dengan segera menghalang lelaki itu daripada melarikan diri.

Anak perempuan Encik Li memuat naik sebuah video di media sosial dan berkongsi pengalaman cemas bapanya menerusi status di laman Facebook.

Status Kaixin Li pada laman Facebook menjelaskan bahawa mangsa ketika itu sedang membantu ibunya mengutip duit syiling yang jatuh di tanah sebelum lelaki itu dengan pantas mengangkat mangsa.

Ibu mangsa juga ada menjerit dan cuba menarik anaknya daripada lelaki itu namun lelaki itu enggan melepaskan sehinggalah bapa mangsa menampar lelaki berkenaan.

Sungguhpun lelaki itu berjaya ditangkap di lokasi kejadian, bapa mangsa masih tidak dapat membuat laporan polis ekoran anaknya masih lagi trauma dengan kejadian tersebut.
Menurut China Press, mangsa masih lagi dalam ketakutan ketika bapanya mahu membawanya untuk membuat laporan polis di balai polis Kuala Kangsar.

                             
Menurut laporan, lelaki Rohingnya yang berusia 21 tahun itu dibebaskan daripada Depoh Tahanan Imigresen Langkap, Perak 2 tahun yang lalu. Beliau dikatakan berniat untuk menangkap gambar bersama mangsa.
                                

Catat Ulasan

0 Ulasan