Kisah Sedih Nur Aina diseksa ala komando Oleh bapa sendiri hingga maut

Kisah Sedih Nur Aina diseksa ala komando Oleh bapa sendiri hingga maut

Loading...
Kisah Sedih Nur Aina diseksa ala komando Oleh bapa sendiri hingga maut

Satu Malaysia geram dan marah dengan kematian Nur Aina Nabihah, 9 tahun yang dipercayai didera ayah kandungnya sendiri. Sebelum ini media melaporkan buah pinggang rosak, usus terkoyak dan patah tulang rusuk antara punca kematian kanak-kanak perempuan itu.
Turut meluahkan rasa marah dan terkilan adalah penyanyi yang juga bapa muda kepada 2 anak, Alif Satar. Mana tidaknya, kanak-kanak seusia itu sepatutnya dibelai dengan penuh kasih sayang dan bukan diperlakukan sedemikian rupa.

Luah marah di IG story

Media sebelum ini mengaburkan muka tertuduh sebelum didedahkan pada Isnin lalu ketika keluar mahkamah untuk perbicaraan. Dengan sinis, Alif mengucapkan ‘selamat’ di dalam penjara untuk tertuduh.
Paling best, Alif turut menitipkan pesanan kepada lelaki berkenaan supaya tidak mengambil sabun jika terjatuh di dalam penjara.
Pesanan berkenaan biasanya dibuat kepada banduan yang menjatuhkan sabun di dalam bilik air penjara. Dia kemudiannya akan dipaksa menunduk untuk mengambil sabun dan akan diliwat oleh banduan lain. Banduan melibatkan jenayah kanak-kanak dikhabarkan paling dibenci dan akan menerima hukuman ‘tambahan’ di dalam sana.
Tertuduh, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 31 Januari lalu.
Pertuduhan itu dibuat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh terhadap tuduhan itu di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.
Nur Aina turut dipercayai diseksa seperti komando dengan dipaksa melakukan tekan tubi, sit up dan ketuk ketampi selain dipukul, ditendang dan dipijak oleh bapa kandungnya. Turut dirampas di rumah mereka adalah kerusi plastik dan tali pinggang yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Diseksa ala komando hanya kerana tak baca doa tidur, kesilapan mengaji dan tak dengar arahan suspek

Perkembangan terkini siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan akibat didera bapa kandungnya mendapati, mangsa, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, diseksa ala komando, lapor Harian Metro.
Mangsa yang diperlakukan seolah-olah rekrut komando yang sebenar oleh suspek dipercayai dipaksa melakukan tekan tubi, berguling, ‘sit up’ dan ketuk ketampi sebagai denda.
Selain itu, mangsa juga dipukul, ditampar, disepak, dipijak kepala dan badan serta ditendang oleh suspek berusia 35 tahun yang juga anggota tentera di sebuah kem di Port Dickson.
Difahamkan, kesemua tindakan itu dilakukan oleh suspek dipercayai hanya kerana anak perempuannya tidak membaca doa tidur, kesilapan ketika mengaji al-Quran dan tidak mendengar arahannya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan lanjut terhadap suspek masih dijalankan. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perbuatan kejam suspek terhadap mangsa.
Jumaat lalu, polis merampas kerusi dan tali pinggang tentera milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memukul Nur Aina sehingga meninggal dunia. Selain itu turut dirampas satu botol air yang didakwa suspek mengandungi air jampi untuk mengubati mangsa kerana degil dan tidak mendengar kata.

‘Ditendang dan dipijak sehingga terkencing’ – Kanak-kanak mati didera bapa dan ibu tiri

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di rumah mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, malam Rabu.
Dalam kejadian jam 11.30 malam sebelum itu, mangsa, Aina Nabihah Muhammad Abdullah, tidak sedarkan diri dan bapanya anggota tentera berpangkat sarjan cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi tidak berjaya sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan.
Mangsa yang merupakan anak kedua itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan mangsa.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mayat mangsa diserahkan ke Unit Forensik HJT untuk bedah siasatan dan keputusan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada organ dalaman.
“Bedah siasat mendapati buah pinggang mangsa rosak, usus koyak, tulang rusuk kanan dan kiri patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul,” katanya.
Susulan kejadian itu, suspek, 35, dan isterinya, 34, terus ditahan selepas mangsa selesai dibedah siasat di HJT dan direman selama tujuh hari selepas mendapat perintah tahanan reman dari Mahkamah Majistret Port Dickson.
Difahamkan, suspek juga pernah ditahan di atas kesalahan yang sama pada Jun lalu selepas bekas isterinya membuat laporan polis sebaik saja melihat kesan lebam ketika mengambil mangsa daripada jagaan lelaki itu.
Kes itu juga telah dirujuk ke Pejabat Timbalan pendakwa Raya tetapi suspek dibebaskan atas alasan ingin mendidik mangsa.
Siasatan awal mendedahkan, bangku dan tali pinggang adalah antara barangan yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa sehingga meninggal dunia. Barang-barang berkenaan ditemui polis selepas kedua-dua suspek dibawa ke kediaman mereka untuk membantu siasatan.
Pasangan berkenaan yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari di bawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.

Berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa telah memukul mangsa menggunakan tali pinggang pada malam kejadian.
“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada jam 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke HTJ Seremban dan disahkan meninggal dunia sejam kemudian.
“Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan kayu plastik sebelum ini. Berikutan itu polis merampas bangku itu yang sudah patah,” kata Zainudin.
Seorang jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga merupakan rakan mangsa mendedahkan Aina kerap mengadu dia didera oleh bapanya sebelum ini.
“Lama-lama nanti aku mati kena bunuh.” ayat yang pernah diluah oleh Aina kepada rakannya itu.
“Dia beritahu anak saya, dia selalu dipukul malah pernah dibaling dengan kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga memberitahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,” katanya.
Seorang lagi jiran lian mendakwa, mangsa beberapa kali dilihat lebam di muka terutama pada bahagian mata.
“Mangsa agak pendiam dan jarang keluar rumah. Tetapi semua orang di sini tahu dia adalah kanak-kanak yang baik. Apabila saya bertanya mengenai kecederaannya sebelum ini, dia memberi alasan terjatuh daripada basikal.
“Kami juga kerap mendengar suara bapanya marah-marah di dalam rumah itu dan disusuli dengan bunyi seperti pukulan. Bapanya memang garang tetapi mempunyai hubungan yang baik dengan jiran dan pernah memberitahu tidak sentuh anak-anak ketika marah,” katanya.
Pada hari kejadian, mereka tidak menyedari bunyi yang mencurigakan. Namun terdengar suara lelaki itu marah dengan kuat dari dalam rumah itu pada tengah hari Ahad lalu.
Sementara itu, guru mengaji mangsa, Siti, 66, berkata mangsa nampak lain dan lebih banyak diam pada malam kejadian.
“Pada malam itu, dia datang mengaji al-Quran di rumah saya seperti biasa bersama abangnya selepas solat Maghrib. Pada malam itu, arwah nampak lain dan lebih banyak diam.
“Apabila ditanya, Aina hanya tunduk dan memberitahu tiada apa-apa yang berlaku. Saya hanya mengetahui Aina meninggal dunia selepas diberitahu jiran keesokan pagi,” kata warga emas berkenaan.
Siti terkejut dan tidak menyangka mangsa menanggung penderitaan didera bapa dan ibu tirinya sejak sekian lama. Siti pernah melihat kesan lebam di wajah mangsa sebelum itu tetapi mangsa memberitahu kecederaan itu akibat terjatuh.
“Arwah sangat baik dan pernah mengikut saya ke masjid berhampiran kawasan perumahan ini jika ada aktiviti keagamaan, selain pandai mengaji dan solat sunat.
“Sepanjang mengenalinya, arwah memang takut dengan bapanya. Arwah akan segera pulang ke rumah apabila dipanggil,” katanya.
Sumber: Harian Metro, Alif Satar , Berita Harian
Kredit: OHBULAN

Catat Ulasan

0 Ulasan