Kisah Sebenar Amah Mati Di Dera Majikan

Kisah Sebenar Amah Mati Di Dera Majikan

Loading...
Kisah Sebenar Amah Mati Di Dera Majikan

Seorang pembantu rumah warga Indonesia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka dipercayai didera oleh majikan dalam kejadian di Taman Kota Permai di sini.

Mangsa yang dikenali sebagai Adelina, 21, daripada Medan, Indonesia dikatakan bekerja di negara ini hampir dua tahun.

Selain mengalami lebam pada kepala dan muka, tangan kiri dan kanan mangsa juga dikatakan terdapat kesan luka dan bernanah.

Susulan kejadian itu, dua beradik ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah,Asisten Komisoner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu terbongkar apabila orang awam menghubungi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam bagi memaklumkan mengenai nasib malang menimpa pembantu rumah berkenaan.

“Selepas menerima maklumat itu, pengadu pergi ke rumah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati pembantu rumah berkenaan sedang duduk di kawasan pagar luar rumah.

Pembantu rumah warga Indonesia kelihatan ketakutan ketika dilihat di kawasan pagar luar rumah semalam.

“Pengadu cuba berinteraksi dengan pembantu rumah itu tetapi dia dilihat dalam keadaan takut dan hanya mengangguk kepala apabila ditanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata,lelaki itu berjumpa dengan seorang wanita berusia 60-an dan bertanyakan mengenai perkara itu namun wanita itu mengingatkan supaya dia tidak masuk campur dalam urusan berkenaan.

Katanya, tidak lama kemudian anak wanita berkenaan datang ke rumah dan membawa keluar mangsa.

“Pengadu telah menghubungi majikannya memaklumkan kejadian berkenaan sebelum mereka membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.

“Kita cuba mengambil keterangan daripada mangsa namun wanita terbabit masih lagi dalam keadaan takut dan enggan untuk berikan keterangan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, dua beradik yang ditahan masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 39 dan 36 tahun.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan