Kelamnya Kehidupan Pengantin Muda Dari China

Kelamnya Kehidupan Pengantin Muda Dari China

Loading...
Kelamnya Kehidupan Pengantin Muda Dari China

Xiao Jie baru menjangkau usia remaja ketika berkahwin dengan Wen, hanya tiga hari selepas berkenalan dengan suaminya yang berusia 18 tahun itu.
Pasangan muda itu pertama kali bertemu pada Tahun Baru Cina, apabila Jie yang berusia 13 tahun mengunjungi keluarga Wen di daerah Mengla di wilayah Yunnan.
jie 13 tahun...merenung masa depannya

Dalam pertemuan itu, Wen berkeras mahu Jie tinggal dan menjadi isterinya.
Tanpa sebarang pengetahuan mengenai kawalan kehamilan, Jie disahkan mengandung dan terpaksa berhenti sekolah.




Di kawasan luar bandar China, jumlah remaja yang mengalami nasib sama seperti Jie dilaporkan semakin meningkat.
Seorang jurugambar, Muyi Xiao merakamkan kisah pengantin muda yang kini membimbangkan masyarakat di negara itu yang tidak percaya mereka benar-benar jatuh cinta.
XIAO Yin, 18, menyikat rambut sementara suaminya Xiao Qing bersiap untuk keluar bersama.

Usia yang dibenarkan berkahwin di negara itu ialah 20 tahun untuk wanita dan 22 tahun untuk lelaki, tetapi kebanyakan perkahwinan di luar bandar hanya dimeterai dengan jamuan sebelum mendaftar perkahwinan secara sah selepas kedua-dua pengantin cukup umur.
Bagaimanapun, pasangan muda ini sering bergantung kepada ibu bapa mereka sendiri untuk menyara keluarga baru mereka.
Jie tinggal di rumah keluarga Wen yang terletak di puncak gunung di kampung Tangzibian.
Ibu bapa Wen bekerja di wilayah Anhui kira-kira 1,600 kilometer dari kampung itu, menyebabkan mereka tinggal sendirian di rumah.
Wang yang dihantar oleh ibu bapa Wen setiap bulan adalah satu-satunya pendapatan mereka.
Kini, Jie mula bosan dengan kehidupannya sebagai isteri.
Dia hanya tinggal di rumah, kadang kala membantu kerja di ladang, memasak dan menyulam.
Kehidupan sosialnya terhad, kerana suaminya cemburu dengan rakan-rakannya dan Jie juga tidak memikirkan mengenai masa depannya.
Profesor sosiologi dari Universiti Peking, Lui Neng berkata, berkahwin pada usia muda adalah norma budaya anak muda di kawasan luar bandar kerana tidak banyak yang mereka boleh lakukan ketika mencapai usia akil baligh.
Satu lagi pasangan yang berkahwin di usia muda, Xiao Cai, 16, dan Ming, 17, bertemu setahun yang lalu ketika suaminya pulang dari berkerja di wilayah Guangdong.
Mereka berkenalan selama tiga bulan sebelum berkahwin tetapi Cai terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahan.
Kini, pendapatan keluarga itu bergantung sepenuhnya kepada bapa Ming, sementara ibunya pula menjaga bayi mereka.
Menurut Muyi, pasangan itu banyak menghabiskan masa menonton kartun di televisyen.

Catat Ulasan

0 Ulasan