“Pakcik, Mana Satu Kubur Mak Ayah Saya? Penjaga Kubur Bagi Tips Bagaimana Nak Kenal Jantina Melalui Batu Nesan Sahaja…

“Pakcik, Mana Satu Kubur Mak Ayah Saya? Penjaga Kubur Bagi Tips Bagaimana Nak Kenal Jantina Melalui Batu Nesan Sahaja…

Loading...
“Pakcik, Mana Satu Kubur Mak Ayah Saya? Penjaga Kubur Bagi Tips Bagaimana Nak Kenal Jantina Melalui Batu Nesan Sahaja…:



Seperti sudah menjadi satu adat orang Melayu, menziarahi kubur hanya dilakukan pada hari raya puasa sahaja. Ketika itu, kita akan melihat berapa meriah dan penuhnya tanah perkuburan berbanding hari-hari biasa,  kekal sepi.

Bagi anak muda, jika tiada ibu bapa yang menunjukkan , besar kemungkinan mereka tidak akan tahu di mana pusara datuk, nenek, adik beradik, kakak, atau abang  yang sudah meninggal kerana kita hanya menziarahinya setahun sekali sahaja.

Bila dah jarang ziarah, sudah tentu kita akan keliru di mana letaknya pusara orang yang kita sayang. Lebih susah sudah terlalu banyak kubur-kubur baru dan kebanyakan kubur ini akan nampak sama sahaja.
Ketika itu penjaga kubur akan menjadi orang yang paling sibuk dicari.


Bila terlalu banyak tanah perkuburan, kita keliru mana satu kubur mak atau ayah kita…
Ayat-ayat yang biasa ditanya kepada penjaga kubur, :”abang di mana kubur emak dan ayah saya”.
“Dulu kalau tak silap tanam tepi bukit inilah..” serta berbagai-bagai pertanyaan lain.

Sebelum nak kenal pasti di mana pusara mak ayah kita atau di mana letaknya kedudukan pusara, kena tahu dahulu perbezaan antara  kubur lelaki dan perempuan.Mudah saja sebenarnya kerana kita boleh kenal melalui batu nesan sahaja.


Pak Din sudah berbelas tahun menjaga kubur di Tanah Perkuburan Bukit C 2, Pantai Dalam
Bagi penjaga tanah perkuburan Islam Kampung Kerinchi, Bukit C 2 Pantai Dalam, Pak Din berkata, sebelum nak tahu di mana letaknya kedudukan pusara, seseorang harus kenal batu nesannya terlebih dahulu.
“Batu nesan ada dua menandakan si mati itu perempuan atau lelaki. Kalau lelaki, batu nesannya berbentuk bulat. Kita pun tidak tahu siapa yang mencipta perbezaan begini  tetapi boleh dilihat ia seumpama alat kelamin lelaki itu sendiri.
“Beza dengan kubur mati orang perempuan, batu nesannya berbentuk leper. Jadi kalau kita dah dapat bezakan batu nesan bulat atau leper, barulah kita boleh tahu kedudukan pusara yang mana.
“Tak adalah kita tercari-cari, membaca satu persatu nama dicatat di batu nesan. Kalau ayah kita meninggal, maka kita baca di batu nesan bulat. Kalau mak yang meninggal, baca di batu nesan leper pula. Insya Allah, bagi yang dah lama tak menziarahi, penjaga kubur dapat membantu kalau diberikan gambaran sedikit mengenai kedudukan kubur ketika baru dikebumikan,” katanya yang sudah berpuluh tahun menjaga tanah perkuburan.


Ini batu nesan lelaki, bentuknya bulat


Ini pula batu nesan perempuan. Bentuknya leper
Adab ziarah kubur
Dalam pada itu, Pak Din sempat menitipkan tip-tip ketika menziarahi kubur.
Katanya, semasa memasuki tanah perkuburan, sedekahlah al-Fatihah buat seluruh umat Islam yang sudah meninggal dunia.

Keduanya jagalah etika berpakaian. Lebih baik dan sopan jika sekiranya kita memakai pakaian menutup aurat baik bagi lelaki mahu pun wanita.

Ketiganya, jangan beriya-iya selfie di tanah perkuburan. Ini bagi menjaga adab sahaja.

Catat Ulasan

0 Ulasan