Minta Iqram Dinzly Bunuh Diri Secara Live, Fathia Latiff Dikecam

Minta Iqram Dinzly Bunuh Diri Secara Live, Fathia Latiff Dikecam

Loading...
Minta Iqram Dinzly Bunuh Diri Secara Live, Fathia Latiff Dikecam

Ketika masyarakat kini kecoh dengan kontroversi melibatkan Datuk Farid Kamil yang telah dibebaskan dari tahanan reman hari ini, dunia hiburan tempatan sekali lagi menjadi panas gara-gara sebuah video live Instagram milik pelakon yang hangat menjadi bualan iaitu Iqram Dinzly.

Yang peliknya, kali ini tindak-tanduk dan kelakuan Iqram di dalam videonya tidaklah mencetuskan banyak tanda tanya, sebaliknya komen yang ditinggalkan Fathia Latiff di video itu yang mencuri perhatian.

Di dalam video live Instagram milik Iqram Dinzly,  Fathia meninggalkan komen yang mencadangkan kepada aktor itu agar membunuh diri.

“Takde scene (babak) bunuh diri ke?, ” tanya Fathia
“Alang2,” tambahnya lagi.

Kemudian komen Fathia ‘lebih berani’ apabila dia menyuruh Iqram membunuh diri.

“BUNUH DIRI iqram,” tulisnya buat kali pertama.

“Pegi Bunuh Diri” tulisnya lagi.

Komen yang ditinggalkan pelakon wanita itu di Instagram Live Iqram

Komen sebegitu sekaligus mengundang rasa bimbang peminat. Selain, ada yang berpendapat Fathia tidak sepatutnya berkata sedemikian walaupun mungkin niatnya sekadar bergurau. Apatah lagi perbuatan membunuh diri itu bukan kah hukumnya berdosa besar di sisi agama Islam waima mana-mana agama dan kepercayaan lain, yang juga mengutuk perbuatan tersebut.

Tambahan pula, kes bunuh diri melibatkan selebriti semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Jika anda masih ingat, satu dunia gempar dengan kes Chester Bennington dan Kim Jonghyun yang membunuh diri gara-gara mengalami kemurungan.

Sebagai rakan artis, lebih wajar jika Fathia sekurang-kurangnya memberikan kata-kata semangat atau motivasi untuk Iqram yang ketika itu mungkin sedang mengalami masalah atau tekanan. Tetapi nampaknya Fathia seolah-olah sengaja mencetuskan lagi kontroversi dan provokasi.

 Di mana sikap sebagai seorang artis yang sepatutnya memberi contoh teladan yang baik kepada peminat?



Diharapkan rakan-rakan artis selepas ini agar lebih bijak dalam mengeluarkan komen-komen, meskipun dengan niat hanyalah ingin bergurau.

Catat Ulasan

0 Ulasan