Polis Dedah Punca Sebenar Lelaki Di Bunuh Di Stesen Minyak

Polis Dedah Punca Sebenar Lelaki Di Bunuh Di Stesen Minyak

Loading...
Polis Dedah Punca Sebenar Lelaki Di Bunuh Di Stesen Minyak

Kes pembunuhan seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru pada malam Ahad lalu dipercayai berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Hasil dari siasatan turut mengesahkan mangsa yang dibunuh dalam kejadian itu adalah ketua sebuah kumpulan kongsi gelap, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pihak polis juga sudah mengenalpasti empat suspek yang terlibat dalam kejadian itu dan sedang menjejaki mereka, kata beliau yang juga Menteri Dalam Negeri.

“Difahamkan,polis juga sudah bersedia dengan sebarang tindakan balas dendam oleh kedua-dua kumpulan kongsi gelap berkenaan dan kami faham itu budaya (balas dendam) mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, dalam kejadian pada malam Ahad lalu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dikenali dengan nama Ah Chiu maut akibat tikaman dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan luka tikaman ke jantung.

Manakala mangsa juga turut dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta jenis BMW 520i sehingga mati sebelum suspek beredar dari tempat kejadian. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha

Catat Ulasan

0 Ulasan