Kisah Sebenar Hadiah Kereta Mewah Rolls-Royce Perkahwinan Izara-Adib

Kisah Sebenar Hadiah Kereta Mewah Rolls-Royce Perkahwinan Izara-Adib

Loading...
Kisah Sebenar Hadiah Kereta Mewah Rolls-Royce Perkahwinan Izara-Adib

“BUKAN hadiah, pinjam saja,” kata anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid, 27, mengenai kereta mewah Rolls-Royce jenis Phantom berharga RM1 juta dikatakan hadiah perkahwinannya dengan pelakon Izara Aishah, esok.

Adib yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios & Tune Music ketika dihubungi


Harian Metro berkata, kereta itu dipinjam untuk penggambaran program Walimatulurus terbitan Astro.

"Saya nak perbetulkan di sini, ia bukan hadiah seperti diberitakan. Selepas selesai majlis, ia akan dipulangkan dan akan dijual kerana dipinjam sementara dari syarikat kereta yang diuruskan abang saya, Anas," katanya.

Video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di YouTube tular apabila netizen mendakwa pasangan ini menerima hadiah mewah kereta Rolls-Royce.

Menerusi video itu, Adib dan Izara dilihat begitu gembira ketika meninjau kereta hitam itu sambil ditemani Anas.

Kata Adib, dia terkejut apabila ramai bertanyakan kesahihan video yang tular itu.

Bakal disatukan dengan Izara esok, Adib mengaku gemuruh dan berharap segalanya berjalan lancar.

"Saya dah mula berdebar tapi harap semuanya baik-baik saja. Doakan kami," katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan