Taubat Almarhum Sultan Perak Di Masjidil haram....."Aku Tak Minum Arak Lagi,Aku Minum Teh Cina"

Taubat Almarhum Sultan Perak Di Masjidil haram....."Aku Tak Minum Arak Lagi,Aku Minum Teh Cina"

Loading...
Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum.

 Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

 Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.

                                          
Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.

Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.


Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.

Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.

“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.

“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.

“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.



“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.
Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.

Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.
Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.


                                
“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.
“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.
Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.

“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.

                               

Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.

Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”

                                

“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.

“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.

Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.

“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.

Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.

                                

“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.

“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.

Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.

“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.

“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.

                                   

“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.

“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.

“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.

“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.

“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.

Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.

Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.

Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.

Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.
“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.

Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”

“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.

“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.

“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.

“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.

“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.

Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.

Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.

Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.

Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.

                                          
Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.

“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.


“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.



Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.

                                                

Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.

Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.

Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”

Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.

Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.

Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.

Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.

Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.


Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.





Sumber cerita



Catat Ulasan

97 Ulasan

  1. thanks for sharing..... dan sy yakin..ramai yg tak tahu kisah ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya sultan idris mangkat di pangkor .sya pun tak berani nk kupas lanjut.tapi saya orng pangkor.se
      mua orng pangkor tahu kisah ini.orang cina punya jamuan fahamlah...

      Padam
    2. Baru ler teman tau..Alfatihah buat almarhum

      Padam
    3. Moga Allah mengampuni dosa2nya...jika Allah menerima taubatnya beruntunglah baginda berbanding kita yang belum tentu lagi cara kita menghadapi kematian

      Padam
  2. tidak berani nak kupas tetang hal berkaitan sultan ni, bahaya :D

    VIDEO: Cokelat Haram? Haram Mak Kau.. Kata Pondan Ini
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/05/video-cokelat-haram-haram-mak-kau-kata.html

    Emma Maembong Bidas Dakwaan Jadi Punca Zizan Razak Kalah
    http://syokbah.com/emma-maembong-bidas-dakwaan/

    BalasPadam
  3. Subhanallah...semoga Allah mengampuni dosa2nya.

    BalasPadam
  4. Allah Maha Mengetahui....Al-Fatihah

    BalasPadam
  5. Subhanallah... Semoga kita juga dilimpahi hidayah Allah sebelum menutup mata...

    sihatgojes.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Semoga Allah swt ampunkan dosa Tuanku Sultan & dosa kita semua. Alfatihah.

    BalasPadam
  7. Syukur..kebenaran terbongkar,selama saya kecil dan dibesarkan itulah yang saya dengar sultan mangkat dimeja minum arak. Semoga Allah mengampunkan dosa Almahrum..orang yang bertaubat

    BalasPadam
  8. Selama saya dibesarkan di Perak,itulah yang saya dengar bahawa Almarhum Sultan Idris mangkat dimeja Arak...syukur info ini melenyapkan fitnah yang disebarkan. Semoga Allah mengampun dosa2 Almarhum dan dirempatkan dikalangan orang2 yang soleh..amin

    BalasPadam
  9. Allahuakbar...dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali...sesungguhnya DIA maha pemurah lagi maha pengampun...amin ya allah.

    BalasPadam
  10. Semuga dicucuri rahmat keatas roh dan diampunkan segala dosa2nya. Al fatehah.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. sesungguhnya Allah maha mengetahui.

    BalasPadam
  12. al fatihah...saya masih ingat kata2 almarhum tuanku...

    BalasPadam
  13. Allahuakhbar...Maha Pengasih dan Maha Penyayang...hanya pada Mu. kami berserah

    BalasPadam
  14. Semoga Allah memberikan Rahmat ke at as rohnya.

    BalasPadam
  15. Semoga allah menerima taubat sultan dan mangampunkan segala dosanya.

    BalasPadam
  16. Semoga allah menerima taubat sultan dan mangampunkan segala dosanya.

    BalasPadam
  17. Semoga roh almarhum sultan ditempatkan bersama pada syuhada org2 yg solih. Amin

    BalasPadam
  18. Tak payah lah nk cerita keburukn org yg dah tak ada... tiada manusia yang sempurna.. itu antara dia dgn Allah.. sama2 la kite sedekah kan Al fatehah

    BalasPadam
  19. sapa yang dimaksudkan tu....yg tulis cerita nie

    BalasPadam
  20. Al-Fatihah....syukur alhamdullilah...

    BalasPadam
  21. Setelah 30 tahun...semoga roh Almarhum ditempatkan bersama hambaNya yg soleh...amin..al-Fatihah..

    BalasPadam
  22. Teman baru tahu je, lepas membaca ni...

    BalasPadam
  23. Teman baru je tahu, lepas membaca ni...

    BalasPadam
  24. Semoga taubat baginda diterima Allah.... alfatihah...

    BalasPadam
  25. Bagus juga orang kata sultan mati di meja arak... Sekurang2 nya, baginda dapat pahala orang yg kata begitu kerana fitnah...

    BalasPadam
  26. Semoga Allah mengampuni dosa Almarhum

    BalasPadam
  27. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

    BalasPadam
  28. Semoga Allah mengampuni dosa Almarhum

    BalasPadam
  29. Janji Allah pada setiap makhlukNya, beriman jgn diragui, dosa tetap dosa, jgn kita

    pula buat dosa dgn mengada ada.

    BalasPadam
  30. Allah Maha Penyayang & Maha Pengampun

    BalasPadam
  31. Allah Maha Penyayang & Maha Pengampun....semoga roh baginda ditempatkan dikalangan orang yg beriman...Amin...

    BalasPadam
  32. Allah Maha Penyayang & Maha Pengampun

    BalasPadam
  33. Insaf rasa bila mbacanya..semoga marhum sentiasa DLM Rahmat Allah..moga rohnya d cucuri Rahmat...sedih Dan gembira tllu suka kerana sy mdoakan marhum mangkat DLM Rahmat Allah..

    BalasPadam
  34. Cerita yang saya terima sebelm ini amatlah songsang dengan apa yang ditulis di dalam blog ini ..
    Ya Tuhan..sekiranya cerita di dalam blog ini benar..aku amat bersyukur..Engkau Luaskanlah Taman Barzakh beliau...

    (Panglima Bukit Gantang Descent)

    BalasPadam
  35. Cerita yang saya dapat memang 360darjah songsang daripada apa yang di tulis..
    Saya amat bersyukur sekiranya cerita hasl tulisan ialah benar.. aku pohon supaya Taman Barzakh beliau diluaskan seluas luasnya... amin

    (panglima bukit gantang descendan)

    BalasPadam
  36. Betul itulah kisah yg saya dengar. Banginda sudah tidak minum arak sejak balik dari umrah. Ada org cerita yg baginda ni tidak pernah tinggal membaca surah al-mulk setiap hari dan baginda mmg hafal surah ini.

    BalasPadam
  37. Betul itulah kisah yg saya dengar. Banginda sudah tidak minum arak sejak balik dari umrah. Ada org cerita yg baginda ni tidak pernah tinggal membaca surah al-mulk setiap hari dan baginda mmg hafal surah ini.

    BalasPadam
  38. Ya Allah..ampunkan dosa ku kerana selama ini aku percaya dgn cerita yg Sultan Idris ni mangkat semasa berada di meja di pekan Sitiawan. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda dan ditempatkan bersama roh orang orang yang beriman. Al fatihah.

    BalasPadam
  39. Alfatihah

    بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم
    Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
    1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

    ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَÙ€ٰÙ„َÙ…ِين
    Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
    2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

    ٱلرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم
    Ar-rahmâni r-rahîm
    3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

    Ù…َÙ€ٰÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين
    Mâliki yawmi d-dîn
    4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

    Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
    Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
    5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

    ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَ ٰØ· ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ
    Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
    6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

    صِرَ ٰØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ
    غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ
    Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ
    Sirâta llazîna an`amta `alayhim
    ghayri l-maghdhûbi `alayhim
    wala dh-dhâllîn
    7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
    mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
    bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

    Aamiin...

    BalasPadam
  40. Ya Allah..ampunkan dosa ku yang selama ini percaya dan menganggap Almarhum sultan Idris telah mangkat ketika ketika sedang minum arak di sebuah bar di pekan Sitiawan. semoga Allah merahmati roh baginda dan ditempatkan bersama roh orang orang yang beriman. Al fatihah.

    BalasPadam
  41. Semoga almarhum sultan ditempatkan bersama2 para solihin di sana. aminn

    BalasPadam
  42. Allah maha penerima taubat hambaNYA..walau sebesar mana pun dosa yang dilakukan,jangan sesekali berputus asa dari memohon keampunan dan taubat dariNYA..alfatihah

    BalasPadam
  43. Semoga Allah mengampuni dosa seorang hambanya ini dan menempatkan dikalangan mereka mereka yang soleh. AL-FATIHAH.... ameen.

    BalasPadam
  44. Kenapa skrng baru nak bg tau pd umum yg paduka sultan mangkat bukan atas meja arak. Penulis tau tak berapa bnyk dosa rakyat yg percaya fitnah ni dan bgaimana paduka sultan menghadapi alam barzakh baginda. SubhanAllah moga moga Allah ampunkan dosa kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Mengikut maklumat yang saya tahu, artikel ini sudah lama ditulis tapi memandangkan salurannya tidak sehebat teknologi alam maya sekarang, maka hanya segelintir yang tahu kisah ini. Kini dah ada blog dan FB maka cerita ini tersebar luas dan semua dapat ketahui cerita sebenar. Lebih baik tahu daripada tak tahu. Betul tak?

      Padam
  45. Kenapa skrng baru nak bg tau pd umum yg paduka sultan mangkat bukan atas meja arak. Penulis tau tak berapa bnyk dosa rakyat yg percaya fitnah ni dan bgaimana paduka sultan menghadapi alam barzakh baginda. SubhanAllah moga moga Allah ampunkan dosa kita semua.

    BalasPadam
  46. sekurang2 nya kita tolong sebarkan perkara yang baik... bukan sebarkan perkara yg buruk...

    BalasPadam
  47. Ya allah ampun kan lah dosa ku..kerana percaya fitnah baginda meninggal di meja arak...semuga baginda di letakan bersama org yg soleh...alfatihah..

    BalasPadam
  48. Sepatutnya penulis war-war kan dr dlu lg krn rmi rakyat salah sangka yg almarhum mangkat di atas meja arak. Smga almarhum d tempatkan d kalangan org2 beriman dan smga Allah terima taubatnya.

    BalasPadam
  49. Aku pernah berjumpa serta makan sesama satu meja dengan Almarhum baginda semasa aku kecil disebabkan hubungan ayah aku dengan Almarhum baginda agak baik masa tu.Almarhum baginda hingga hadir di jemput ke jamuan hari jadi ayah ku di rumah kami. Bagi aku ,Almarhum baginda merupakan seorang Raja yang tak sombong dan penyayang.SubhanAllah semoga segala dosa Almarhum baginda akan diampunkan....AL-FATIHAH...

    BalasPadam
  50. Semoga di tempat kan di kalangan org2 yg beriman. Aminnn

    BalasPadam
  51. Semoga di tempat kan dikalangan org2 yg beriman. Aminn...

    BalasPadam
  52. Al fatihah.. bukankah penulis telah memberitahu lebih awal sumber rujukan dr majalah Imam januari 1990.. maknanya telah dijelaskan lama dahulu tp ramai yg tidak ambil tahu. Adalah usaha penulis sgt besar kerana zaman skrg ada fb n blog bolehlah cerita baik ini disebarkan utk elakkan kekeliruan. Berterimakasihlah pd penulis bknnya mengkritik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn awk. Baca laaa betoi2 dulu sebelum nak cakap apa2. Terima kasih penulis kerana menyebarkan balik perkara ini yang mungkin selama neh terlepas pandang oleh kita. Semoha roh tuanku dicucuri rahmat.

      Padam
  53. Al fatihah.. bukankah penulis telah memberitahu lebih awal sumber rujukan dr majalah Imam januari 1990.. maknanya telah dijelaskan lama dahulu tp ramai yg tidak ambil tahu. Adalah usaha penulis sgt besar kerana zaman skrg ada fb n blog bolehlah cerita baik ini disebarkan utk elakkan kekeliruan. Berterimakasihlah pd penulis bknnya mengkritik.

    BalasPadam
  54. Al fatihah.. bukankah penulis telah memberitahu lebih awal sumber rujukan dr majalah Imam pd januari 1990. Ia telah diwarwarkan lama dahulu cma ramai yg x amik tahu.. sepatutnya berterimakasihlah pd penulis krana telah mgunakan teknologi skrg fb n blog utk membetulkan kekeliruan dan fitnah terhadap almarhum tuanku bukannya kita hny tau mengkritik beliau shja.. sekurang2nya kita semua sedar akn kekhilafan kita..

    BalasPadam
  55. Al fatihah.. bukankah penulis telah memberitahu lebih awal sumber rujukan dr majalah Imam pd januari 1990. Ia telah diwarwarkan lama dahulu cma ramai yg x amik tahu.. sepatutnya berterimakasihlah pd penulis krana telah mgunakan teknologi skrg fb n blog utk membetulkan kekeliruan dan fitnah terhadap almarhum tuanku bukannya kita hny tau mengkritik beliau shja.. sekurang2nya kita semua sedar akn kekhilafan kita..

    BalasPadam
  56. Andai ku tahu lebih awal.......tapi aku tetap bersyukur.

    BalasPadam
  57. Subhanallah.
    Alhamdulillah.
    Al Fatihah....

    BalasPadam
  58. Sapa yg fitnah umno kn MB perak

    BalasPadam
  59. Alfatihah buat almarhum semoga diampunkan dosa2 nya yang lalu dan ditempatkan dikalangan hamba hambaNYA yang beriman

    BalasPadam
  60. Al fatihah... Semoga roh arwah sultan sultan perak di tempatkan bersama sama org2 yg beriman... Amin...

    BalasPadam
  61. Al fatihah...semoga roh al marhum ditempatkan Allah bersama org2 yg soleh..sesungguhnya segala fitnah ke atas al marhum sehingga ke hari ini itulah sebenarnya pahala berterusan yg Allah berikan kepada al marhum dan tanda taubatnya diterima Allah..cerita ini telah ku baca dan tahu lama dulu..selepas membaca daripada majalah tersebut. Zaman itu berapa kerat saja manusia mau membaca majalah begitu...syukurlah dengan kemajuan teknologi kini lebih ramai manusia tahu kebenarannya... semoga roh al marhum dirahmati Allah selamanya....amin

    BalasPadam
  62. Al Fatihah buat Al marhum Sultan Idris semoga taubatnya diterima Allah swt diampunkan dosa2 nya yang lalu dan roh Al marhum drahmati Allah serta ditempatkan dikalangan hamba hambaNYA yang beriman..Aamiin..

    BalasPadam
  63. Tak tahu pula ada cerita ni . Allah .

    BalasPadam
  64. Info yang perlu dijadikan sebagai pedoman untuk manusia(ISLAM DAN JUGA BUKAN). Semoga baginda Sultan mendapat restu daripada Yang MAHA BERKUASA.

    BalasPadam
  65. tq sharing sesuatu yg boleh kita jdkn iktibar.. di dunia kita berlainan darjat.. di sana kita semua sama..
    bbbamshopbizz.blogspot

    BalasPadam
  66. Org ada ilmu (sultan idris) bukan ramai yg leh dpt jalan kematian ini...pd saya sultan alang iskndar hebat orgnye dpd cerite org tua2..sediket ilmu pasti dterapkn kpd anak2danye...hanya allah yg tau....kpd penulis sekalung tahniah saya ucapkn krn ambil risiko ini...innsha allah.

    BalasPadam
  67. Aku sudah lama lupa ttg cerita itu semua. Tapi aku tahu, yg aku ingat hanya kesah Pesta Laut Lumut Perak setiap tahun krn arwah ayahku juga dijemput menjadi tetamu/penasihat dlm mesy dan progrem Pesta laut Lumut itu. Mungkin krn arwah ayahku seorg meteorologist yg incharge kat meteorological station Sitiawan tahun2 itu, Sultan dan pihak istana selalu mintak info cuaca/kesesuaian cuaca sebelum sesuatu progrem itu berlangsung.

    BalasPadam
  68. kita yang x kaya ni pon banyak dosa.. kalau kita kaya macam mana la kelakuan kita.. ujian Allah kepada sultan memang dasyat..semoaga Allah terima taubat baginda

    BalasPadam
  69. banyak teladan

    BalasPadam
  70. Al fatihah. . Tq admin. . Cerita yg didengar semua yg jahat ja.. yg baik x dengar. ..

    BalasPadam
  71. al-fatihah. Semoga Allah ampun dosa hamba

    BalasPadam
  72. Al-fatihah.. Kita yang masih hidup ni ambil jadi iktibar..tak salah jadi kaya kalau betul niatnya..tak berdosa pun jadi miskin..kalau buat yang disuruh tinggal yang dilarang

    www.ibusrikandi.com

    BalasPadam
  73. AlFathehah ... Semoga Allah SWT merahmati dan cucuri rahmat dan menempatkan roh Arwah Sultan Idris dikalangan org² yg soleh

    BalasPadam

jerit kat sini