Luahan Ketua UMNO Bahagian Marang @ Adun Pengkalan Berangan Berikutan Perletakan Jawatan MB Mat Said

Luahan Ketua UMNO Bahagian Marang @ Adun Pengkalan Berangan Berikutan Perletakan Jawatan MB Mat Said

Loading...
                                       

Ketua UMNO Bahagian Marang @ Adun BN Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang kesal dan AMAT SEDIH atas peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Terengganu sekarang ini.

Beliau juga kesal kerana pimpinan negeri tidak diajak berunding dalam proses pelaksanaan pertukaran MB Terengganu yang akhirnya mengakibatkan satu keputusan yang merugikan parti.

Beliau juga berharap DS Najib dan DS Muhyiddin mengambil peranan yang serius untuk mengembalikan MARUAH Kekanda DS Ahmad Said.



Petikan katannya

"saya terpaksa akur dan menghormati keputusan yg. mereka telah buat. Sebab mereka dgn pendirian mereka... DAN saya sangat kesal dgn. peristiwa pertukaran MB Trg yang amat mengejutkan dan terlampau drastik...sedangkan malam sebelumnya kita sama2 berjemaah dan bersolat hajat dan membaca surah yassin bersama2 dan bersalaman dgn penuh keinsafan di majlis menyambut ulangtahun ke 68 UMNO di PWTC.. 

SAYA AMAT KESAL kerana saya dan kebanyakan wakil rakyat BN dan Ketua UMNO Bhg. langsung dan tidak pernah diajak berbincang oleh mana2 pimpinan tertinggi parti...dlm hal pertukaran MB Trg... sedangkan sudah genap setahun kami bekerja kpd parti dan berkhidmat utk kerajaan BN Trg.malah UMNO Bhg Marang telah membuat retreat dan sama2 berikrar utk memperkasakan UMNO Marang dan berjanji untuk menawan kembali 3 kerusi Dun dan 1 kerusi parlimen yg telah tewas dlm pru 14 nanti.'

Lagi

Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, MAKA situasi sekarang tidak mungkin berlaku. KENAPA jadi begini? MENGAPA harus berlaku? APAKAH DOSA2 KAMI org. UMNO Trg ?..Saya berharap YAB DS PM dan YAB TS TPM ambillah peranan segera utk kembalikan maruah BN/UMNO Trg..

kepada KAKANDA YB. DS Ahmad Said dan Datin Seri... maafkan saya.


Catat Ulasan

0 Ulasan