Kucing bertemu tuan selepas 3 tahun

Kucing bertemu tuan selepas 3 tahun

Loading...
                        

Tokyo: Bencana Tohoku yang melanda Jepun pada Mac 2011 terus menghantui kehidupan harian masyarakat di rantau itu hingga ke hari ini dan mungkin kekal untuk beberapa dekad lagi.

Namun ada perubahan menggembirakan sepasang warga emas di bandar Ofunato.

Mereka ditemukan kembali dengan kucing kesayangan, Suika selepas kehilangannya tiga tahun lalu.

Bagaikan hadiah untuk Hari Ibu, Takeo dan Kazuko Yamagishi sangat gembira dengan penemuan semula Suika dalam keadaan selamat.



Pasangan berusia lingkungan 60-an itu sudah lama berputus asa untuk mencari kucing itu selepas ia hilang.

Selepas gagak mengesan Suika, mereka terpaksa meyakinkan diri sendiri bahawa kucing berkenaan “mati.” Walaupun kediaman pasangan Yamagishi itu tidak terjejas akibat tsunami yang memusnahkan sebahagian besar kawasan pesisir pantai Jepun, ia cukup untuk menakutkan haiwan malang itu.

Ketika kejadian itu, pasangan berkenaan tiada di rumah dan ketika pulang mereka mendapati haiwan kesayangan mereka itu hilang.

Bagaimanapun, kucing itu ditemui di hutan di bandar Rikuzentaka kira-kira 15 kilometer dari kediaman mereka dan dihantar ke pusat perlindungan haiwan di Ofunato pada 10 April.

Disebabkan kucing itu manja dan mempunyai rantai kolar, pekerja pusat perlindungan merasakan haiwan berkenaan mempunyai tuan dan menunggu mereka untuk mengambilnya tanpa menyedari Suika sudah hilang lebih tiga tahun.

Catat Ulasan

0 Ulasan