Saintis China kait gegaran dengan kehilangan MH370

Saintis China kait gegaran dengan kehilangan MH370

Loading...
Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 nampaknya berbalik semula ke kawasan antara timur dan barat Semenanjung Malaysia , ekoran maklumat terbaru dari saintis China mengenai kemungkinan pesawat itu mencetuskan gegaran apabila jatuh ke laut kira-kira 150km di selatan Vietnam.

Sekumpulan pakar seismologi di universiti terkemuka China berkata mereka mengesan gegaran (seismik) di dasar laut antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac yang mungkin akibat impak hentaman.

"Ia bukan zon seismik, oleh itu, apabila dilihat pada masa dan tempatnya, ia mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang itu," kata satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb Universiti Sains dan Teknologi China.

Ini juga telah dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post.

Kenyataan disiarkan ketika pegawai AS mula menumpukan pencarian mereka di Lautan Hindi selepas hampir seminggu usaha mencari pesawat di Laut China Selatan terus gagal, dengan menyatakan ada tanda-tanda pesawat itu mungkin berpatah balik selepas putus hubungan dan diterbangkan pada arah barat selama beberapa jam.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. dah macam2 teori dah kak tie, dah naik pening dah membaca itu ini...

    BalasPadam

jerit kat sini