TENGKU PUAN PAHANG:"mangsa banjir minta beri kerjasama, jangan tahu 'complain' sahaja"

TENGKU PUAN PAHANG:"mangsa banjir minta beri kerjasama, jangan tahu 'complain' sahaja"

Loading...
Hari ini Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam twitternya menegur mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara. Tengku Puan memohon semua yang terlibat agar memberi kerjasama, memahami dan bersabar dengan bencana yang melanda negeri itu ketika ini.

Tengku Puan juga menempelak golongan yang tahu memberi "complain" tanpa menghulur sebarang pertolongan. Tengku Puan turut memohon mangsa banjir memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan para petugas kerana mereka juga merupakan mangsa banjir.

Admin merasakan status Tengku Puan boleh ditujukan kepada semua pengamal media sosial agar tidak mengeruhkan lagi keadaan ketika ini.

Di bawah adalah screenshot twitter Tengku Puan Pahang:



Tengku Puan Pahang seorang yang berjiwa rakyat di mana beliau sanggup bersama-sama rakyatnya merasai susah payah bencana banjir ketika ini dan turut memberi pertolongan yang termampu. Di bawah gambar-gambar Tengku Puan Pahang,  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membantu mangsa banjir:











Catat Ulasan

0 Ulasan