Kejadian Sebelum Dan Selepas Tragedi Remaja Hilang Di Villa Nabila

Kejadian Sebelum Dan Selepas Tragedi Remaja Hilang Di Villa Nabila

Loading...
Apa ada di Villa Nabila? Berikut adalah sedikit pencerahan yang diambil dari pageMisteri Villa Nabila di Johor Bahru :-


Villa Nabila
ini bukan lagu Spring Bourgenvilla tu. bukan Nabila Huda anak Amy Search. Villa Nabila merupakan sesebuah tempat yang disebut ramai di Johor Bahru. dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. agak scary jugak nama Villa Nabila ni. Villa Nabila terletak ditepi Pantai Lido Johor Bahru. juga berdekatan dengan istana sultan johor.

tiada sumber yang mengatakan siapakah Nabila dan keluarga beliau. tetapi kebanyakkan orang akan mengatakan cerita yang sama tentang Villa Nabila. mengikut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakn berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar untuk urusan kerja untuk beberapa hari.

dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau. Nabila juga adalah anak kesayangan dalam keluarga beliau. tetapi ada juga sumber lain yang mengatakan Nabila dibunuh oleh mak cik beliau kerana untuk merebut harta warisan ibu bapa Nabila. selain itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.

kini rumah tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar. ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar, ada yang sebaliknya tetapi di ganggu oleh makhlus halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.

apa pun cerita yang kita dengar tentang Villa Nabila itu mungkin terdapat kebenaran di sebaliknya. janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut janganlah buat perkara yang tidak elok dan datanglah dengan niat yang baik. kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut "berminat" dengan anda.
kredit : FB Misteri Villa Nabila di Johor Bahru.

 Info terkini jam 6:30 petang : 

Disini admin share beberapa gambar yang berlegar diforum dan fb page tempatan yang menunjukkan gambar budak-budak terlibat sebelum dan selepas kejadian misteri di Villa Nabila.

Satu lagi gambar disebelah kiri tu dikatakan profile fb salah sorang budak yang terlibat. Sejauh mana kebenarannya wallahualam.






Sumber: Guatv.com,http://cantikje.blogspot.com/


Tetamu malam di Villa Nabila

JOHOR BAHRU: Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi.
Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.
Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin tentang kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu.

Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh.

Kira-kira 11.15 malam tadi, sepasukan peronda dihantar ke tempat kejadian untuk menyuraikan orang ramai yang menceroboh ke kawasan larangan itu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis itu tidak menghalang lebih ramai orang berkunjung ke kawasan persekitaran Villa Nabila.

Kenderaan pengunjung yang diletakkan di bahu jalan itu juga mengakibatkan kesesakan hingga dua kilometer di Jalan Skudai menghala Tampoi berikutan pengguna jalan raya turut memperlahankan kenderaan untuk melihat orang ramai yang berkumpul di situ.
-Harian metro

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. emmmmm isyh isyh.. nasib baca entri ni masa siang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah jika terlalu lama ditinggalkan tak mustahil ada makhluk lain selain dari manusia juga tumpang menumpang sekali..ye tak

      Padam

jerit kat sini