BUAT MUSLIMAH :syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam melalui aliran darah.

BUAT MUSLIMAH :syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam melalui aliran darah.

Loading...
Manusia menderita sakit adalah kerana ingkar perintah Allah dan bermusuhan dengan makhluk.Makhluk itu 
samada manusia itu sendiri,makhluk-makhluk halus terdiri yang terdiri dari syaitan,jin maupun makhluk ghaib 
yang lain.

Menurut Ibn Taimiyyah, telah sepakat ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa jin boleh masuk ke tubuh manusia.
Rasulullah S.A.W bersabda,"Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam melalui
aliran darah.

Antara sebab-sebab jin memasuki tubuh ialah :

Melalui SAKA atau genetic keturunan dari ayah/ibu,datuk/nenek.Kebiasaannya saka itu kalau 
wanita datangnya dari ibu atau nenek begitu juga dengan lelaki,ia selalunya diwarisi dari ayah atau datuknya 
tetapi ada kekadang boleh ia berlaku sebaliknya.

Melalui SIHIR yang dikirim atau dilakukan oleh pihak lain atau oleh pihak ketiga akibat dari 
perselisihan faham,hasad dengki,dendam atau upah.

Melalui Ilmu SILAT ia dimasukkan melalui kaedah mandi limau ,bayangan ( membayangkan 
sesuatu benda,orang atau binatang ) atau kaedah yang seumpamanya bagi tujuan kekuatan diri.Jin jenis ini akan 
bersemayam di bawah lengan,di kawasan pelipat dan di kawasan yang menjadi pertahanan kepada tubuh manusia.

Melalui amalan suka berURUT ia tersalur melalui Tukang Urut itu yang mempunyai amalan-amalan
tertentu untuk bertahan dan berupaya mengurut ramai-ramai orang dalam sehari.Kekuatan atau keupayaan 
manusia biasa tidak mampu untuk mengurut begitu lama setiap orang dengan jumlah yang ramai. 

Melalui penggunaan khidmat BOMOH atau PAWANG untuk berubat atau menyelesaikan 
permasalahan kehidupan,sakit,pagar rumah dan sebagainya.Bomoh atau Pawang yang bersahabat akan 
meminta bantuan rakan ghaibnya untuk melaksanakan hajat pesakit samada Bomoh atau Pawang itu
menyedari atau tidak lebih-lebih ia diakhiri dengan permintaan pengeras duit atau bendaatau melakukan 
sesuatu perkara.

Melalui PEMUJAAN atau BELAJAR ilmu sihir,ilmu salah atau ilmu-ilmu yang memberi 
manafaat duniawi.Sedar atau tidak ,tahu atau sengaja buat tak tahu ; ilmu-ilmu itu kebanyakan didatang
kan dengan bonus 2+1 iaitu ilmu dan seru atau puja.Diseru ayat itu atau dipuja ayat itu oleh pengamalnya 
sendiri atau telah diseru atau dipuja oleh pemberi ilmu itu.Antara sebab ramai dikalangan wanita yang sudah
berkahwin tidak mendapat zuriat atau hanya mendapat seorang anak sahaja selama berkahwin beberapa
lama ialah kerana jin akan bersemayam dan berumah tangga dalam rahim wanita dan memakan spermanya.
Jika pengamalnya lelaki atau si suami,sperma jin akan mendahului sperma si suami semasa mereka bersama.
Malah kekadang jin itu akan menyetubuhi wanita itu dari dalam.

Melalui rasa SUKA jin kepada seseorang kerana cantiknya seseorang wanita itu atau 
handsomenya seseorang lelaki.Jin akan bersama dengan mereka tanpa disedari lebih-lebih lagi pada wanita 
yang tidak menyedari mereka berhadas sepanjang masa walaupun pada  pandangan mereka telah berwuduk 
atau mandi junub sedangkan sebenarnya tidak.

Apa yang saya nak sentuh di sini adalah antara sebahagian dari apa yang telah disebut di atas yang sering dan
ramai wanita mengamalkannya dulu,kini dan selamanya..ada yang sampai dibawa ke hujung nyawa.

Ilmu 4 Syarat tubuh telah lama diamalkan oleh orang dulu sebagai syarat wajib bagi mereka.Jika ada yang 
tidak mengamalkannya , orang itu dianggap ketinggalan.Ilmu 4 Syarat Tubuh ada 4 amalan utama bagi seorang 
wanita, sebab itu ia digelar 4 syarat tubuh.Ada wanita yang mempelajarinya 1 sahaja,ada yang 2,ada yang 3 
dan ada yang mengamalkan semuanya.

Ilmu 4 Syarat Tubuh itu adalah terdiri dari Ilmu Sri Muka atau Pemanis  , Ilmu Pelaris , Ilmu
Penunduk dan Ilmu Kuat.
 Kesemuanya ilmu ini menjadi element penting bagi wanita menjalani 
kehidupan seharian.

Setiap ilmu itu mempunyai keperluan tertentu contoh Sri Muka untuk kelihatan cantik dipandang
orang terutama semasa menjadi pengantin sehari,di andam oleh Mak Andam,ditiup-tiup dan dijampi.Ilmu
Pelaris kononnya penting bagi orang yang berniaga , Ilmu Penunduk diguna untuk suami atau majikan atau
orang yang lebih berkuasa.Ilmu Kuat pula kegunaannya apabila memerlukan tenaga untuk kerja-kerja berat
seperti berkebun atau mengurut.


Dari mana datangnya Ilmu-ilmu ini ? Cer tanya dulu diri kita sendiri ada ke tak pada diri kita ilmu-ilmu tersebut,
samada kita belajar sendiri melalui buku atau diberikan oleh mak kita,nenek kita,mak andam ke,tok Bidan 
Kampung ke,jiran ke,kawan ke,dari Bomoh ke ,Indon Bibik ke.. .Kalau ada,dari situlah kebanyakan ilmu-ilmu
ini datang.

Tanda-tandanya mereka yang mengamalkan ilmu ini ada benjolan pada kening, dahi kelihatan bertanduk , 
pipi licin macam anak patung,kepala sering berdenyut-denyut dan semasa nazak atau sakit, tenaga atau 
kekuatan wanita itu seperti seorang lelaki walhal pada masa itu badannya kurus kering.

Ilmu ini adalah amalan yang salah dan boleh menjerumus kepada syirik kepada Allah samada
syirik yang besar atau syirik khafi.Syirik yang besar atau syirik yang kecil,ia tetap syirik dan menyegutukan
Allah Taala.
Kita bergantung harap pada yang lain selain Allah.Pengamal ilmu 4 syarat tubuh ini akan
liat,akan cuak  atau akan malas untuk melakukan ibadah malah sering menjauhi majlis-majlis bacaan al-Quran 
dan majlis agama yang lain kerana jin-jin yang ada pada tubuh mereka tidak suka dan takut kepada ayat-ayat 
Allah.Pengamalnya juga pada akhirnya akan mengalami kekacauan dalam kehidupan dan rumahtangga.

Maka tilik-tiliklah pada diri kita ,jika kita rasa kita ada ilmu ini; buangkanlah.Kembalilah bertaubat
kepada Allah kerana Allah itu menerima taubat hambaNYa.


"Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

p/s ....Kalau kita nak mengesan atau mengenali seseorang yang bersahabat dengan makhluk halus jin dan syaitan atau mereka yang bersekutu dengannya tidaklah susah kerana Allah Taala telah memberikan kelebihan kepada manusia sebagai khalifahNya dimuka bumi ini.Tetapi janganlah tanya direct pada orang yang kita maksudkan seperti contoh pakcik/makcik/atok ni mengurut atau berubat ada pakai jin ke ?  Nanti ada yang kena pelangkong kang ! atau balik nanti ada yang terkena sihir atau santau atau tuju-tuju..balik awal nanti.

Tanyalah pada hati ; hati itu tidak berbohong.Tinggalkanlah perkara-perkara yang mendatangkan
keraguan dan syak.
Sebab itu kita disuruhkan istiqamah berzikir agar hati itu hidup.Bila hati hidup ;
Allah jadikan nur di dalam hati dan nur inilah yang menolak sifat-sifat jahat.

Jikalau kita mahu menentukan sesuatu perkara, mintalah fatwa pada hati.Letakkan tangan
pada hati ; hati itu akan gelisah jika perkara itu haram ,berdosa, samar atau syubahat kerana hati itu tidak
berbohong dan dosa itu mengoncangkan hati.


Sabda Rasulullah S.A.W pada Wailah , “ Mintalah fatwa pada diri anda sendiri ; hati akan tenang
pada perkara yang halal ”.  Jadi,kalau kita nak buat sesuatu atau makan ; hati itu akan gelisah ,
maka jangan makan atau buat.

Catat Ulasan

0 Ulasan