Agungkah Kelahiran Prince George Dimata Dunia?

Agungkah Kelahiran Prince George Dimata Dunia?

Loading...
Dunia obses sambut bayi diraja

'HISTERIA'... itu adalah perkataan mudah untuk difahami dan sesuai untuk menggambarkan keghairahan rakyat serta media antarabangsa mengenai berita kelahiran pewaris ketiga diraja Britain, George Alexander Louis pada 22 Julai lalu.

Setiap masa, media tempatan mengerumuni perkarangan Hospital St Marry, London, melaporkan berita mengenai perkembangan anak yang dikandungi Duchess of Cambridge. Tidak ketinggalan pula, laman internet turut mengeluarkan ramalan nama, jantina dan khabar angin mengenai anak yang bakal dilahirkan isteri Putera William itu.

 Laman berita, Daily Mail sebagai contoh mengeluarkan berita penuh perihal kandungan Kate Middleton, CNN dan MSNBC pula memberikan siaran langsung tanpa henti ucapan rakyat jelata terhadap kelahiran Putera George dan ibunya.


Lebih meriuhkan keadaan, apabila kumpulan pengamal media khasnya juru foto yang setia menunggu di pintu hadapan Hospital St. Marry, London berbalas apabila pasangan diraja popular itu bermurah hati untuk menayangkan putera sulung mereka selepas beberapa jam dilahirkan. 

 Sementara itu, sebilangan pengamal media veteran melabelkan, keterujaan detik kelahiran Putera George sebagai satu daripada kelekaan media massa untuk mengasingkan fakta sebenar daripada fiksyen yang tidak berkepentingan. 

 "Ia memperlihatkan media massa khasnya di Britain seolah-olah agak bodoh dan membelakangi pembacanya semata-mata mahu mengejar siapakah yang akan mendapat berita pertama mengenai kelahiran bayi diraja itu," kata seorang pengamal media.

 Rata-rata media dikhabarkan, menyiarkan berita dan isu mengikut permintaan paling popular dan bukannya sebagai pengatur agenda yang perlu diterbitkan secara global. 

 "Saya faham bahan berita sebegini amat mudah, senang serta disukai ramai kerana mencetuskan cerita dongeng terhadap kelahiran seorang putera yang dinanti-nantikan untuk meneruskan takhta diraja sedia ada. 

"Suka atau tidak, institusi berbentuk monarki ini akan terus memimpin negara selain mendapat kepatuhan jutaan rakyatnya. 

Namun kelahiran Putera George bukanlah satu berita yang perlu diagungkan," kata Editor Stanford Daily, Aaron Sekhri kepada Al-Jazeera. 

 Jelas beliau, nilai berita adalah bukan kepada bayi diraja itu tetapi membabitkan persoalan yang rumit seperti peperangan yang berlaku di negara bergolak disebabkan campur tangan Barat. "Saya faham kenapa media begitu mengetengahkan berita sebegini?

 Sekurang-kurangnya ia dapat melariskan surat khabar dan mempopularkan lagi sesebuah agensi berita itu," kata Sekhri. Menurut rekod, stesen ITV berjaya menaikkan kedudukan mereka dengan menerima 7 juta penonton ketika menyiarkan berita kelahiran Putera George dan BBC pula ditonton lebih 3 juta orang seluruh dunia.

 "Mereka hanya bertindak mengikut kuasa pasaran selain landskap media yang sentiasa berdaya saing. Detik-detik kritikal ini wajib untuk mendapatkan lonjakan angka penonton yang lebih tinggi," katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan