MAS Tipu Tiket Penumpang??

MAS Tipu Tiket Penumpang??

Loading...
Penipuan oleh pihak booking tiket MAS

Pada 3jun 2013 rombongan kami seramai 20 orang tiba dari Amman Jordan pada jam 7.30 Malam,di Lapangan Terbang KLIA, selepas selesai proses mendapatkan bagasi kami bergegas ke aras Lima untuk menyambung perjalanan ke Kota Bharu, setibanya di aras lima pada 8.30 Malam kami dapati jadual penerbangan dari KL ke Kota Bharu yang telah ditempah pada 29 April 2013 ( WJH4J, WLZS1,LE6J5, WXS1Z, W7RLQ ) Flight MH1426 KBR Jam 10.35 PM telah tertunda ke jam 11.00 PM dan pendaftaran dipaparkan di Board tidak dinyatakan kaunter untuk perndaftaran masuk tetapi hanya menyatakan `Kiosk`.



Pada jam 9.00 malam kami terus ke kaunter L untuk pendaftaran masuk bagasi, setelah kami mengemukakan dua puluh pasport tiba-tiba datang seorang lelaki pegawai bahagian tiket datang dan menyatakan rombongan kami seramai 8 orang tidak dapat tempat duduk dalam penerbangan ke KBR, selepas kami membuat bantahan dan pertengkaran berlaku, pihak beliau menyatakan 5 orang diberi tempat duduk dan 3 orang tidak dapat tempat dalam kapalterbang dengan jaminan pihak MAS akan memberi penginapan, voucher makanan, pengangkutan ke hotel beserta elaun diri sebanyak RM150. Pegawai yang bertugas meminta berkali-kali pihak kami supaya 3 orang ditunda keesokan hari. 

Selepas berhempas pulas pihak kami bertegas tidak mahu menerima tawaran tersebut dan akhirnya beliau bersetuju kami semua seramai 20 orang ditempatkan di Hotel Sama-sama dan keesokan harinya baru bertolak ke Kota Bharu. Namun hanya penginapan dan voucher makanan diberikan, elaun diri RM 150 tidak diberikan.

Tindakan ini amat mendukacitakan pihak kami dan keluarga yang menunggu di lapangan terbang Kota Bharu, ada keluarga yang datang dari Machang, Tanah Merah, Pasir Mas untuk menjemput rombongan kami terpaksa balik dengan hampa.

Pada kesokan harinya iaitu 4 Jun kami menelefon syarikah Al Quds Travel kerana pada malam itu kami telah cuba menelefon tetapi tiada jawapan kerana sudah malam, pihak syarikat menyatakan bahawa pihak tiket MAS menelefon syarikat Al Quds Travel pada Malam 3 Jun lebih kurang jam 8.30 malam menyatakan seramai 8 orang belum check in, INI SATU PEMBOHONGAN kerana pada waktu itu kaunter ditutup dan kami check in pada 9.00 malam, ini bermakna pihak MAS sengaja ingin mengisi tempat duduk kami yang telah di booking sebulan lepas dengan penumpang lain.

Baca lagi di SINI


Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini