Mandela Belum Mati..Kuburnya Dah Sedia Menunggu

Mandela Belum Mati..Kuburnya Dah Sedia Menunggu

Loading...
JOHANNESBURG - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela terus dirawat walaupun keadaannya dilaporkan semakin baik selepas enam hari dimasukkan ke hospital Pretoria, Afrika Selatan.

Tiada laporan baru diberi mengenai keadaan Mandela, 94, namun mengikut kenyataan cucunya Mandla, Mandela atau lebih dikenali sebagai Madiba di kalangan puak Mandela berkata, datuknya semakin menunjukkan tanda-tanda bakal pulih sepenuhnya.

“Madiba kelihatan baik dan menunjukkan reaksi positif ketika kami melawatnya di hospital minggu lalu,” katanya dipetik MailOnline

Sebahagian daripada kubur keluarga Mandela di Qanu

“Madiba kelihatan baik dan menunjukkan reaksi positif ketika kami melawatnya di hospital minggu lalu,” katanya dipetik MailOnline

Sebelum ini, Presiden Jacob Zuma melaporkan, keadaan Mandela serius tetapi stabil.

Kenyataan itu menyebabkan ada pihak menganggap beliau mungkin tidak akan dapat bertahan lebih lama.

Mandela menghabiskan masa 27 tahun di penjara ketika pemerintahan kulit putih yang mengamalkan dasar aparteid sebelum bebas pada 1990 dan menjadi pemimpin kulit hitam pertama, empat tahun kemudian.
                              Sebuah kubur siap digali menjadi tanda tanya penduduk setempat

Sementara itu, ramai mengandaikan sekiranya pemimpin itu meninggal dunia, beliau akan disemadikan di kampung halamanya di Qanu.

Qanu merupakan tempat di mana Mandela membesar dan ramai kalangan keluarga beliau disemadikan di sebuah tanah perkuburan yang digelar Tanah Perkuburan Mandela sempena mengambil nama keluarganya.
                       Mandela ditemani isteri, anak dan cucunya ketika hospital awal tahun lalu.

Pemilihan kawasan itu sejajar dengan tradisi puak Xhosa yang mahukan mereka disemadikan bersama ahli keluarga lain.

Akhbar Sun baru-baru ini mendedahkan, bapa Mandela; Mphakanyiswa, ibunya; Nosekeni Fanny dan adiknya; Baliwe turut dikebumikan di kawasan itu.

Anak beliau Makaziwe, yang meninggal dunia pada usia sembilan bulan dan Thembekile, 22, yang terbunuh dalam kemalangan kereta, juga dikebumikan di tanah perkuburan itu.

Berita Terkini:Mandela Semakin Kritikal

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ini memang betul2 sediakan payung sebelum hujan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya kat M'sia pun dah ada dah..kat Masjid negara..kubur Tun M pun dah sedia dah...masih kosong untuk bakal PM yang akan meninggal,ditutup ngan batu marmar..masa tu akak ikut rombongan sekolah..dah lama dah..tu yg tahu

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

jerit kat sini