Berita dari Indonesia,8 Syarikat INi Dari Malaysia Mula Dikenalpasti

Berita dari Indonesia,8 Syarikat INi Dari Malaysia Mula Dikenalpasti

Loading...
                             
Berita dari Indonesia
Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.
Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.
“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.
Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times, June 23, 2013.

KUALA LUMPUR – Sime Darby Plantation hari ini menegaskan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia, dan telah mematuhi sepenuhnya dasar sifar pembakaran dalam operasinya.
“Laporan semasa mengenai titik panas di Riau adalah termasuk dalam kawasan konsesi PT Tunggal Mitra Plantation’s (PT MTP)(anak syarikat PT Minamas Gemilang, satu daripada syarikatnya),” katanya dalam kenyataan tiga perenggan di sini hari ini


Menurutnya keseluruhan kawasan konsesi PT MTP ialah 13,836 hektar, dan jumlah kawasan yang ditanam ialah 10,825 hektar dengan 537 hektar terdiri daripada kawasan tapak semaian dan pembangunan dengan bangunan-bangunan, tapak semaian, jalan raya dan jambatan.

“2,474 hektar dihuni penduduk setempat. PT MTP tidak mampu mengawal aktiviti yang dilakukan di luar kawasan operasinya dan di tempat yang dihuni pihak-pihak lain,” katanya.

Bagaimanapun, PT MTP akan terus memantau keadaan, bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan membantu menerusi pasukan pencegahan kebakarannya bagi memastikan sebarang bencana diurus dengan sewajarnya, katanya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menggesa syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan setempat, dan memastikan mereka tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar. – Bernama

Catat Ulasan

0 Ulasan